Friday, 18 May 2012

10 perkara yang menjejaskan prestasi komputer

                                                                    السلام عليكم 
Kemungkinan selepas setahun kita menggunakan komputer, kita akan dapati terdapat 
beberapa perubahan yang ketara terhadap prestasi komputer kita misalnya selalu 
'hang' ataupun operasi yang semakin lambat. Jika kita pengguna yang hardcore pula,
masalah ini pasti berlaku lebih awal lagi. Berikut disenaraikan sepuluh perkara yang 
dirasakan menjadi punca kepada terjejasnya prestasi komputer kita. dan sepuluh 
perkara ini juga menjadi asas panduan atau pegangan yang sangat baik bagi aku 
dalam kerja kerja maintenance.

1. Mikropemproses mengalami kepanasan melampau.
Kepanasan melampau ini terjadi apabila motor kipas yang menjadi penyejuk kepada
mikropemproses tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini disebabkan habuk yang terdapat
di sekeliling kipas yang menyekat putaran kipas tersebut. Selain daripada itu, mungkin
bearing kipas menjadi longgar yang menyebabkan gegaran berlaku pada mikropemproses.
Kesannya ialah mikropemproses tidak dapat bekerja dengan baik.

2. Masalah RAM
Terdapat juga RAM yang dari jenis murah yang tidak memenuhi spesifikasi serta
mempunyai masalah komposisi cip-cip yang siap terbina. Akibat dari masalah ini, ialah
RAM mudah mengalami kepanasan melampau yang menjejaskan keupayaan komputer.
Selain daripada itu, masalah ëBlue Screení juga akan lebih kerap berlaku.

3. Cakera keras
Bagi cakera keras pula, masalah-masalah yang menyebabkan terjejasnya prestasi
komputer ialah seperti bertambahnya sektor-sektor rosak (bad sector) ketika melakukan
proses chckdsk dan scandisk, kerosakan dalaman (intermittent) yang mengakibatkan
kegagalan proses boot dan capaian putaran per masa yang rendah yang mungkin tidak
sesuai dengan spesifikasi komputer yang digunakan.

4. Konfigurasi BIOS
Pengguna komputer seharusnya tidak terlalu bergantung kepada konfigurasi BIOS
 'kilang' sebaliknya perlu mengetahui konfigurasi sistem yang optimum. Ini adalah kerana
 konfigurasi BIOS yang tidak tepat turut 
mempengaruhi keupayaan komputer.

5. Pengawal Cakera
Kabel pengawal yang digunakan perlu menepati spesifikasi pengawal cakera yang
dipasang. Begitu juga dengan papan ibu (motherboard) yang harus mampu
menyokong pengawal cakera. Sebagai contoh pengawal cakera UDMA-66 memerlukan
kad khususuntuk dipasang pada papan ibu yang hanya menyokong pengawal cakera
UDMA-33.Jika tidak dipasang, ia pasti akan mengundang masalah kepada prestasi komputer.

6. Sistem Operasi
Sistem operasi seperti Windows XP dan Windows 2000 biasanya mempunyai banyak
servis yang dijalankan. Servis-servis yang dijalankan jika terlampau banyak akan
merencatkan prestasi komputer. Servis yang jarang diguna sepatutnya diberhentikan
kerana ia banyak menggunakan sumber tenaga komputer.

7. Proses dan Aplikasi
Proses dan Aplikasi (.exe) yang terlampau banyak digunakan akan menyebabkan
 komputer menjadi perlahan. Untuk melihat proses dan aplikasi yang sedang dilarikan,
 pengguna bolehlah klik pada bahagian Windows Task Manager.

8. Fragmentasi Cakera
Fragmentasi cakera berlaku apabila terlalu kerap fail-fail disimpan, dipadam dan ditukar.
Ini menyebabkan kandungan fail bertaburan didalam sektor. Fragmentasi juga berlaku
apabila kandungan cakera penuh. Seharusnya ruang kosong sebanyak 20%
sehingga 25% perlu disediakan bagi mengurangkan masalah fragmentasi ini.

9. Aplikasi latar belakang
Ramai pengguna yang suka melarikan aplikasi latar belakang secara automatik
selepas proses boot ataupun permulaan sistem operasi. Aplikasi yang terlalu banyak
dilarikan pada satu-satu masa akan menyebabkan komputer menjadi perlahan
dan adakalanya menyebabkan 'hang'. Aplikasi-aplikasi yang digunakan ini boleh
dilihat pada folder Startup.

10.Sistem fail
Dalam sistem operasi Windows terutamanya NT dan 2000, pemilihan sistem
fail iaitu NTFS dan FAT adalah sangat penting. Ini adalah kerana sistem fail ini
merujuk kepada saiz dan bilangan kelompok dalam sesuatu cakera. Saiz kelompok
yang besar akan meningkatkan prestasi komputer. Kebiasaanya, sistem fail NTFS
mempunyai saiz kelompok yang lebih besar berbanding FAT

cc.::AmyTheRipper::.

No comments:

Post a Comment